Pesanan Buat Suami..
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali -
kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah
dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih
baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex
sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan
dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan
suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan
sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,
mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri
bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami
lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan
sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang
tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi
maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri
dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap
pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna
cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh
balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun
sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main
lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti,
siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah
rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan
ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk
syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk
neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka,
besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dgn ikhlas untuk
mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak
suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri
balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk
atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu
dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami
tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang
remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami
khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
No comments:
Post a Comment